Updates Kini

Memaparkan kisah2 yang pelbagai sama ada kisah hidup penulis atau kisah hidup orang lain.

Monday 22 February 2016

Nota Kaki dari Kuliah Subuh Ustaz Zul Ramli 17Ogos Augus 2016.. Kisah pejuang Khalid Al-Walid (Panglima Perang bagi tentera Islam selepas kewafatan nabi Muhammad) - Ikhlaskah kita???

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Hari-hari yang free nie saya nak kongsikan nota kaki yang saya buat sendiri bersumberkan video di youtube.. 

Iaitu Kuliah Subuh yang disampaikan oleh alfadhil Ustaz Zul Ramli Mohamed Razali. 


Seorang ustaz yang sangat-sangat dikenali.. Pada yang tak kenal, boleh scroll fb ustaz yer.. KLIK DI SINI..


Di saat kita mendengar laungan azan, 


dengan lembutnya tutur si Bilal surau atau masjid mengajak umat-umat islam untuk menyahut seruan Allah untuk kita mengerjakan solat... 

Lantas kita menjawab, 


Taufiq/hidayah untuk menuju melakukan solat itu adalah datang dari Allah. Tidak ada upaya kita untuk melakukan apa-apa perkara melainkan dengan hidayahnya dari Allah. 


Ustaz menggariskan apa rasa yang patut ada ketika kita mendapat taufiq, iaitulah apabila kita berjalan untuk melaksanakan solat, solat itu adalah untuk lizikri (mengingati Aku yakni Allah), dan apabila kita solat, maka hati kita akan menjadi tenang. 


Ramai di antara kita tidak pernah tanya apa patut ada dalam hati kita ini di kala mana kita diseru untuk melakukan ibadah iaitulah berbalik kita pada firman Allah dalam Surah Bayyinah ayat ke-5, 


“Tidaklah mereka diperintahkan kecuali untuk beribadah kepada ALLAH dengan mengikhlaskan agama untuk-NYA, dalam keadaan mentauhidkan-NYA, agar mereka mendirikan solat, menunaikan zakat, dan itulah agama yang lurus.” 


IKHLAS itu adalah apa yang patut kita hadirkan dalam diri kita tatkala kita diserukan untuk melakukan ibadah kepada Allah.. 


Berbalik pada cerita Ketua Panglima perang Islam selepas kewafatan Rasulullah S.A.W, iaitulah seorang hamba Allah yang digelar 

سَيْفٌ مِنْ سُيُوفِ اللهِ

 iaitulah Pedang yang terhunus dari Pedang-pedang Allah. Hamba Allah inilah yang bernama Khalid bin Al-Walid. 


Khalid bin Al-Walid ini diceritakan beliau pergi mendengar tazkirah dengan memakai 8 bilah pedang di sekeliling pinggangnya, berserban yang mana di sekeliling serbannya terdapat bilah2 anak panah. 


Ustaz menceritakan jugak, di saat kematiannya, di bahagian hadapan tiada satu inci pon yang tiada parut tombak, panah dan pedang.. manakala di saat dimandikan di bahagian belakangnya, tiada satu inci pon parut yang kelihatan...


Kerana apa saudara-saudari sekalian?? 


Kerana Khalid ini apabila beliau masuk ke medan pertempuran, beliau terus menuju ke depan tanpa menoleh ke belakang melawan musuh dengan begitu berani sekali. Allah2.. 


Diceritakan mengenai Khalid lagi, di hari mereka bersiap sedia nak berperang ketika itu, ketika barisan tentera islam selesai melaksanakan solat dan siap sedia untuk menggempur musuh, datang utusan dari Madinah mengkhabarkan bahawa Saidina Abu Bakaq Ass-Siddiq telah pon meninggal dunia dan digantikan dengan Saidina Umar al-Khattab..


Bukan setakat itu sahaja, Saidina Umar telah menyuruh utusan itu datang mengkhabarkan kepada Panglima Khalid bahawa beliau telah dipecat sebagai Panglima Perang dan digantikan dengan Abu Ubaidah ibn Al-Jarrah.


Khalid meminta agar utusan itu dibaca selepas perang berlaku...


Seperti biasa sebelum mereka menggempur musuh, Khalid akan mengumpulkan tentera muslimin dan mula berpidato seperti biasa. 

Beliau mula bertakbir 3 kali:


Takbir yang pertama,

Khalid berseru, siapa di kalangan kalian yang ada rasa kecut boleh tinggalkan medan ini dan balik sebagai pengecut,,,

Takbir yang kedua,

Khalid berseru lagi, siap sediakan pedang-pedang kalian,,,

Takbir yang ketiga,

Khalid berseru lagi, mari kita menggempur musuh yang mana di sana ada dua kemenangan iaitulah kemenangan kita dapat tegakkan kalimah syahadah ataupon kemenangan kita mati syahid,,,


Maka, bermulalah episod mereka berganding bahu di medan peperangan tersebut,,,


Selesainya peperangan tersebut, Khalid berdiri di atas bukit yang tinggi, Khalid turun dan menarik Abu Ubaidah Ibn Al-Jarrah naik ke bukit tersebut dan diumumkan mengenai pemecatan beliau. 


Orang-orang muslimin mula berpandangan sesama sendiri, dan bertanya kepada Khalid, sejak bila kamu mendapat berita ini??


Jawab Khalid, berita itu beliau dapat sesudah mereka solat..


Mengapa kamu begitu tenang sekali wahai Khalid?? Kamu berpidato dan bertakbir seperti biasa, tidak ada rasa resah di wajahmu..


Apa yang di jawab Khalid, sebabnya aku berperang BUKAN KERANA UMAR AL-KHATTAB, TAPI AKU BERPERANG HANYA KERANA ALLAH !!


MasyaAllah saudara saudari sekalian, begitu sekali keikhlasan Khalid pada Allah.. Perjuangannya bukan kerana nama dan pangkat, tapi hanya mencari Redha Allah..


Diceritakan lagi oleh Ustaz Zul Ramli, ketika Abu Ubaidah mengepalai tentera untuk menakluk satu daerah yang mana mereka hampir kalah disebabkan tembok yang terlalu tinggi dan musuh bersembunyi di bahagian bawah tembok, menyebabkan kesukaran untuk mereka merempuh masuk ke kawasan tersebut.


Abu Ubaidah meminta 6 orang yang akan memijak untuk naik ke tembok tersebut dan orang yang ke-6 itulah akan melompat ke atas tembok yang tinggi tersebut dan berlari di sepanjang tembok itu dan melompat ke bawah seberang sana untuk membuka pintu gerbang musuh..


Yang mengangkat tangan untuk menjadi orang yang ke-6 tersebut ialah Khalid Al-Walid. 


Allah Allah Allah..


Apa yang ingin ustaz gariskan di sini ialah mengenai setiap tindak dan tanduk kita, apa yang kita lakukan di muka bumi ini mestilah berpaksikan hanya kerana Allah..


Suami buat kebaikan pada isteri hanya kerana Allah, Isteri buat kebaikan pada suami hanya kerana Allah..


Apabila semuanya hanya kerana Allah, akan datang ketenangan dalam jiwa kita.. InsyaAllah :)

Nota kaki:

Sedikit latar belakang Khalid Al-Walid untuk rujukan anda semua.. Diceritakan juga kenapa Khalid dipecat.. KLIK SINI UNTUK BACA


Di sini ialah link youtube jika anda nak tengok,






~ Sharing is Caring~

No comments:

Post a Comment