Updates Kini

Memaparkan kisah2 yang pelbagai sama ada kisah hidup penulis atau kisah hidup orang lain.

Thursday 12 November 2015

RM 250, 000 hangus dek kebakaran di Mentakab

Baru-baru nie kita digemparkan dengan satu berita yang agak menyentuh hati. 11 November 2015, satu kebakaran di Mentakab, Pahang telah berlaku sekitar 4.30 petang yang melibatkan 3 rumah  termasuklah rumah seorang peniaga pasar malam, Asmah Arim yang berusia 57 tahun. Berita melaporkan beliau telah kehilangan sejumlah wang yang sangat besar nilainya iaitu RM 250, 000 yang disimpan sejak 32 tahun yang lalu di dalam tin biskut di dalam biliknya. 



 Ucapan takziah buat mak cik. :( Mesti susah kan nak kumpul banyak tu.. :( Katanya nak beli rumah baru. 

KLIK untuk berita penuh. 


Dalam masa 32 tahun seorang pekerja yang berniaga di pasar malam sahaja mampu kumpul 
RM 250k????

WT******????

Sungguh ajaib kan.. Sungguh kasihan..dan macam-macam lagi kita boleh kata kan.. Namun, di bawah ada sedikit coretan yang saya terima dari group whatsapp saya yang rasanya boleh membuka minda kita supaya lebih positif dalam menerima sesuatu berita especially berita sebegini. 


Pesanan mesej dari group whatsapp: 

"Sayangnya, boleh beli rumah tu."
"Itulah, lain kali simpanlah di bank."

Sedih melihat 'ibrah' (pengajaran) sesetengah stigma terhadap berita terbakarnya wang kertas simpanan seorang makcik bernilai Rm250k.

Beginilah sikap sesetengah orang yang 'biasa.' Iaitu, lebih gemar membicarakan jumlah wang, nilai harta, dan urusan jual beli milik orang lain. 

Seorang yang 'biasa', mempunyai senarai nasihat yang panjang untuk DUIT ORANG LAIN. Sayangnya, tidak sedikitpun difikirkan urus letak duit dan harta untuk diri mereka sendiri.

"Lagi baik kalau ditukarkan wang itu kepada emas."
"Inilah akibat tidak menzakat harta simpanan."
"Inilah pentingnya ilmu pengurusan kewangan".....

Orang yang 'luar biasa' pasti berfikir dari sudut yang berbeza.

"Hebatnya disiplin makcik ini menyimpan. 

AKU INGIN CONTOHI DIA."

"Aku ingin berniaga dan istiqamah seperti makcik ini."
"Inilah perjuangan terhadap institusi perbankan yang sejati."
"Tabahnya makcik ini mengekalkan gaya hidup sederhana. Tidak membazir sewenangnya."

Pasti Allah sedang angkat darjat keimanannya saat makcik ini tabah hadapinya. Dan lebih berharga, berapa banyak pengajarannya untuk diri kita.

P/s: Jutawan dan hartawan yang saya kenal, memang mereka tidak menyimpan wang mereka di bank (tidak semestinya simpan di rumah, cuma BUKAN DI BANK).

#OrangLainPunyaDuitKauYangPanas

Sekadar renungan kita bersama.


~ Sharing is Caring ~

No comments:

Post a Comment